top of page

5 SEBAB KENAPA RAMAI NAK JADI FOUNDER PRODUK KOSMETIK ATAU SKINCARE?



Di zaman ini, ramai orang mahu membuat bisnes sama ada secara part time atau full time disebabkan mahu menambah kewangan yang sedia ada.


Antara bisnes yang sangat popular untuk diceburui adalah bisnes berkaitan kecantikkan sama ada kosmetik mahupun skincare. Kenapa ya? Jom dengarkan perkongsian dari Bos Botol “5 Sebab Kenapa Ramai Orang Nak Jadi Founder Kosmetik atau Skincare”.


1. PERMINTAAN TINGGI (HIGH DEMAND)

Permintaan untuk barangan kosmetik adalah tinggi di Malaysia, dan ia dijangka akan terus berkembang pada tahun-tahun akan datang. Ini disebabkan oleh peningkatan populariti produk kosmetik dan penjagaan kulit, serta kesedaran yang semakin meningkat tentang kepentingan penampilan dan kecantikkan diri.



2. MARGIN TINGGI, UNTUNG BESAR

Margin keuntungan dalam perniagaan kosmetik biasanya tinggi. Ini kerana kos buatan kosmetik dari segi bahan formulasi dan packagingnya agak murah untuk dihasilkan, dan ia boleh dijual pada harga lebih mahal atau premium.



3. MODAL PERMULAAN YANG RENDAH

Kos permulaan untuk perniagaan kosmetik agak rendah. Ini kerana anda boleh memulakan perniagaan kosmetik dengan modal yang kecil apabila ada kilang-kilang OEM menawarkan MOQ produk serendah 300 unit sahaja, dan anda tidak perlu mempunyai banyak pengalaman dalam industri kosmetik ini.



4. MUDAH NAK EXPAND BISNES

Perniagaan kosmetik boleh pergi ke market yang lebih besar jika kena caranya. Ini bermakna anda boleh mengembangkan perniagaan anda apabila permintaan anda meningkat. Anda boleh melakukan ini dengan membuka platform online dahulu, membina sistem ejen dan membuka kedai fizikal setelah bisnes anda mula mengembang.



5. JENAMA MUDAH KEKAL LAMA DALAM MARKET

Untuk bisnes kosmetik yang dapat menonjolkkan kelebihannya pasti akan mencipta jenama produk kosmetik untuk bertahan lebih lama. Dari segi kualiti produk, marketing strategi dan value yang sentiasa ada akan memudahkan produk anda kekal lama dan mudah membina kekayaan dari dunia bisnes kosmetik ini.



Sudah tentu, terdapat juga beberapa cabaran yang berkaitan dengan perniagaan kosmetik. Ini termasuk:


  • Persaingan

Industri kosmetik sangat kompetitif. Terdapat banyak jenama terkenal di pasaran, jadi anda perlu mencari kelainan untuk niche produk anda untuk terus menonjol dari pesaing.

  • Peraturan

Industri kosmetik dikawal dengan ketat oleh badan-badan kerajaan antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) . Ini bermakna anda perlu tahu dengan peraturan di negara sebelum anda memulakan perniagaan kosmetik.


  • Harta intelek

Industri kosmetik juga sangat sensitif terhadap harta intelek. Anda perlu memastikan bahawa anda tidak melanggar tanda dagangan atau paten syarikat lain.


Secara keseluruhan, perniagaan kosmetik boleh menjadi perniagaan yang sangat menguntungkan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengetahui cabaran sebelum anda memulakan perniagaan dalam industri ini.




Comments


bottom of page